Mood Cuti Sekolah memang xkan best kalau takde plan ape-ape untuk memenuhi masa yang terluang. So, plan la nak pergi jalan-jalan. So, dipendekkan cerita, hari tu plan sebenarnya nak pergi ke Cherating. Yela kan, orang cakap Pantai Cherating ni best & paling pentingnya Pantai Cherating ni cantik.
So, bergerakla kitorang petang tu dalam pukul 3 petang dari Tangkak, melalui Jalan ke Segamat dan seterusnya ke Kuantan. Sampai lebih kurang pukul 6 jugak la sebab ujan. Di Kuantan tu singgah makan jap pastu gerak ke Cherating. Sampai di Cherating, kecewa sungguh kerana hotel & resort semuanya fully book.... Adoiii, nak tak nak kena la patah balik ke Kuantan & nasib baik ada satu bilik kosong kat Hotel Shahzan Inn...
Plan nak gi Pantai Cherating pun terpaksa dibatalkan. So, kita tukar la pergi Teluk Chempedak. Betul jugak orang cakap, tak kenal maka tak cinta... Pertama kali sampai di Pantai Teluk Chempedak memang tak dinafikan pantai ni cantik sungguh. Tak caya try tgk gambar ni...
Huhu... Berbaloi jugak la pegi situ. Terubat jugak la kekecewaan sebab tak sampai Pantai Cherating. Pas balik dari pantai tu kitorang pegi la jenjalan kat Bandar Kuantan...
So, out dulu yee..... Babai....





